Wartawan dan Penulis Azah_Aziz

Azah Aziz adalah pengasas dan Presiden Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama) (1971-1978) dan University Women's Asociation.Beliau pernah menjadi penasihat Pertama. Azah Aziz merupakan insiprasi kepada wartawan muda wanita.[1]

Beliau merupakan wanita terawal memperjuangkan nasib dan hak wanita terutama isu persamaan gaji lelaki dan wanita, , cukai berasingan bagi isteri yang bekerja. Beliau juga memprjuangkan Pindaan Undang-Undang Perkahwinan orang bukan Islam dan keluarga Islam.

Dari 1957-1973 , selama selama 16 tahun menjadi penulis akhbar Berita Harian - terutama ruangan Wanita. 1973-1978, editor Utusan Malaysia / Utusan Melayu dan konsultan majalah Wanita.

Sebagai penulis, beliau turut mempunyai minat mengumpul songket lama serta meminati budaya seni warisan dan seni sastera tanah air. Beliau turut memberi nama 'Pancaindera' iaitu akhbar sisipan Mingguan Malaysia ketika Tan Sri Zainuddin Maidin bertugas sebagai Pengarang di Utusan Melayu. Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Chamil Wariya menyifatkan Azah Aziz sebagai seorang guru dalam bidang penulisan rencana kerana banyak mengajar serta membimbing wartawan kadet dalam menghasilkan penulisan rencana. Azah Aziz amat komited serta berfikiran terbuka semasa menjadi penyunting di meja Rencana semasa berkhidmat di Utusan Melayu sekitar tahun 1973. Beliau banyak memberi peluang kepada wartawan untuk menghasilkan penulisan rencana yang melampaui berita (dengan membuat analisis sesuatu berita) supaya dapat menghasilkan rencana yang berkualiti serta memberi impak kepada pembaca.

Beliau juga orang pertama memperkenalkan Haiku iaitu puisi pendek berbahasa Jepun kepada masyarakat Malaysia.


Beliau antara wanita pertama di Malaysia yang menerbitkan buku pantun dan lagu kanak-kanak melalui syarikatnya sendiri, 'Akaz'.

Azah Aziz menghadiri Persidangan Penulis Wanita Asia-Pasifik di East West Centre, Honolulu, Hawaii(1972), Simposium Wanita Afro-Asia di Iskandariah,Mesir, sempena Tahun Wanita Antarabangsa (1975) dan aktiviti berkaitan kewartawanan, kraftangan, tekstil dan kesusasteraan kanak-kanak.

Kini beliau ialah ahli lembaga penasihat perpustakaan negara dan ahli lembaga penasihat The Encyclopaedia of Malaysia. [2]